Tuesday 31 March 2015

Alfalfa BAHAYA?




Assalamualaikum,


Hari ini dapat pm dari seorang customer bertanyakan tentang set menyusu. During conversation, ada 1 soalan yang menjadi tanda tanya kepada saya. Soalan; orang darah O tak boleh ambil alfalfa kan, sebab nanti akan cairkan darah?.. saya diam kejap. Jadi saya nak post pasal bahaya alfalfa ye hari ini.



Alfalfa BAHAYA untuk siapa?

  • Pesakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
  • Pesakit auto imun seperti psirosis
  • Penghidap G6PD atau ibu menyusu yang bayinya punya G6PD
  • Bergantung pada ubat cair darah (warfarin) 


Note: Pengambilan banyak Alfafa memerlukan kita minum air dengan banyak sebab ia mengandungi vitamin K yang bertindak pekatkan darah. Jadi petua makan yang patut diamalkan adalah makan berdikit-dikit dan makan secara sederhana.


Jadi, tidak perlu risau untuk mengambil alfalfa bagi yang tidak ada masalah di atas. Jenis darah bukan faktor untuk membuatkan kita berhenti untuk mengambil apa-apa supplement. Jika ada masalah yang serius, jika dapatkan nasihat dari doktor.



@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Kanser payudara

Assalamualaikum,


Cerita minggu lepas, 27th March 2015. Tempat kerja saya telah menjemput pakar sakit puan untuk memberi ceramah tentang kesihatan wanita, menyentuh tentang barah payudara. Saya pun mula study pasal barah payudara. Cerita dari doktor tersebut, barah tersebut telah menyerang seorang pesakit berumur 37 tahun. Doktor selalu menasihat kita, lakukan pemeriksaan bila umur 40 tahun kerana risiko mendapat kanser adalah pada umur 40 tahun. Semasa kelas nutrisi by nutrition shaklee, hanya 15% faktor kanser adalah datang dari genetik, selebihnya adalah daripada diri kita sendiri, faktor pemakanan dan faktor alam sekitar yang tercemar. Kita selalu makan je, hirup udara je tapi tak pernah nak flush out pun semua toksik tu kan. Jadi harini saya nak share serba sedikit pasal kanser.


Maksud kanser. (sumber: Wikipedia)


Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.


Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.


Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.


Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.


Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.


Tanda-tanda awal kanser payudara.


Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.

Perubahan rasa di payudara atau putingKetulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiakPuting payudara yang terasa tegang dan sakitPerubahan dilihat pada payudara atau putingPerubahan saiz dan bentuk payudaraPuting payudara terperosok ke dalamPermukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.


Cadangan supplement untuk merawat kanser.





Apakah itu Vivix?


Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


**sumber dari website Shaklee.


Keistimewaan Vivix.


Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix

Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaanMembantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin seriusMengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantungMengurangkan kompilasi diabetes / kencing manisMeningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi sarafMengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameirMembantu merawat penyakit parkinsonMembantu memulihkan penyakit strok - angin ahmarMeningkatkan kesihatan imum badanMenggalakan kesihatan keseluruhan


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058


Friday 27 March 2015

Thalassemia

Assalamualaikum.

Sekarang dah jadi routine pergi hospital. Kejap hospital sungai petani, kejap hospital pulau pinang. Untuk normal check up Amni Raisha. Dia ada masalah jantung tidak tertutup habis selepas bersalin. Anak kan anugerah Allah, dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga dan berkorban kan, hanya Allah yang mampu balas pengorbanan ibu besarkan saya.


Semasa menunggu giliran untuk jumpa doctor, saya berbual dengan rakan sebelah...Anak sakit apa? Disebabkan saya pengedar berpengalaman shaklee, saya dah jadi berani untuk approach orang. Saya jadi kasihan dengan orang Malaysia, hanya 1% sahaja yang tahu kewujudan shaklee. Shaklee mengamalkan prinsip selamat, berkesan dan mesra alam. Berbalik kepada perbualan saya dengan kakak tadi. Dia bagitau saya,anak dia normal check up untuk thalassemia,HB low. Saya terdiam. Dalam hati terdetik, terima kasih Ya Allah, Kau baru bagi ujian yang kecil pada aku.


Saya terus diam dengar kakak itu bercerita, dia tidak diberitahu dan tak pernah tahu anak dia ada thalassemia sebab dia dan suami bukan pembawa. Tapi cara dia bersungguh approach doctor untuk check anak dia sebab anak dia setiap kali main akan stop kejap sebab rasa letih. Masa 1st check up,HB anak dia tinggal 7 je. Terus kena masuk darah 2 botol, baru ok sikit. Sekarang cuma follow up utk check HB,if touch figure 7,another blood pain akan dimasukkan. Macam tu la.


Sebenarnya, Allah dah gerak kan hati saya untuk approach kakak tu dan bantu dia tapi saya tak buat, sekarang saya menyesal. Jadi hari ni saya nak share tentang thalassemia dan supplement terbaik untuk mengubati penyakit tersebut. Kalau pergi hospital, doctor tak akan benarkan pesakit thalassemia ambil mana2 ubat dan vitamin. Tapi kena ingat, sistem dalam badan tak akan mampu untuk membentuk sel darah dan tak akan mampu membantu sistem imun badan tanpa bantuan dari supplement. Supplement shaklee sangat selamat untuk setiap jenia penyakit kerana setiap supplement shaklee adalah dari sumber alam semulajadi dan akan berkesan untuk merawat penyakit tersebut.


Apa itu thalassemia?


Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).


Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.


Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.


Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.


Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea, Alfalfa & Zinc Complex tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah seperti vitamin e, bcomplex, esp dan ostematrix

Vitamin B Complex - membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

Vitamin E - juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

Ostematrix -(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

Energizing Soy Proteinj - juga disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Thursday 26 March 2015

Shaklee offer 3C

Kenapa 3 C?

Shaklee offer 3C.
1. Cash
2. Car
3. Convention.

Cash dari mana?
Setiap product yang SID edar, shaklee akan convert kepada cash.
Cash tersebut bukan dari harga yang SID bagi kat customer. Jadi customer tak perlu nak banding2kan harga sebab harga yang shaklee offer memang fix dan berpatutan.

Car?
Shaklee juga offer bonus kereta untuk SID. Bukan dapat kereta sebijik. Shaklee bagi dalam bentuk cash juga. Jadi SID boleh guna duit tu untuk beli kereta atau beli apa sahaja ataupun nak simpan pon boleh.

Covention?
Shaklee akan offer pergi jalan2 kat oversea. Tahun ni shaklee offer pergi Italy atau umrah untuk org islam. Selalunya umrah shaklee akan belanjakan RM20,000 untuk seorang. Masa trip ni kita boleh bawa mak,ayah,suami dan anak2.

Sebab tu saya cintakan shaklee.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Wednesday 25 March 2015

Saya suka tudung Adijuma

Assalamualaikum.
Hari ni saya sihat je,awak yang baca ni harap2 sihat hendaknya.
Semalam lepas travel dari shah alam,terdetik dalam hati,kalau aku meninggal masa dalam perjalanan pergi atau balik,siapa nak jaga anak2 aku,jasa mak belum lagi aku balas..dah ready ke nak masuk alam kubur..ilmu di dada masih belum cukup nak jawab munkar dan nakir.

Jadi hari ni,pickup phone dan call mak..sebak sangat rasanya..saya ada banyak sangat salah dengan mak..ampun dan maaf saya pinta dari mak..
Hari ni pun WhatsApp hubby untuk mohon ampun dan maaf. Dosa saya dengan hubby pun banyak. Jasa dia,kesabaran dia melayan karenah saya tak mampu saya nak balas dengan kata2. Tenang sangat hati hari ini.

Journey untuk mendapatkan 3 tiket umrah buat suami dan mak masih dalam genggaman. Kalau harap nak simpan sendiri memang tak dapat la. Nak kerja siang malam dan tidur kat office sekali pun,memang tak mampu nak simpan duit.

Harini dengan mood baru dan azam yang baru,saya pun reward diri saya dengan tudung 'aj'. Saya jenis berkira sikit bab duit nak beli baju dan tudung ni (bab makan tak pe). Bagi saya RM50 dihabiskan untuk beli tudung tu,sangat membazir tapi saya gagahkan juga beli tudung aj ni dari kawan.

Ni la tudung saya harini. Feeling cantik sat harini.


Tuesday 24 March 2015

Kebaikan ESP

Kebaikan dan Kelebihan ESP
1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 
16. Bertindak sebagai antioksidan, 
17. Menguatkan sistem imun tubuh, 
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
19. Memelihara kesihatan jantung 
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 
25. Mencegah osteoporosis 
26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
27. Membantu menyembuhkan gastrik. 
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Gegar Gerudi Utara



Assalamualaikum.

Hari ni baru kesempatan nak update blog. Harap kawan2 yang baca entry saya kali ni sihat dan ceria selalu. Ingat pesanan saya selalu, stress boleh hilangkan vitamin C dalam badan. Harap2 jangan stress sangat ye. Senyum je...tak perlu kata apa2 pun.

Minggu lepas saya ada join kelas yang master2 shaklee buat...memang best sangat2...saya bawa anak saya yang nombor 3...amni raisha...baru 4 bulan ++.. Dalam bershaklee, memang tak ada halangan untuk bawa anak ke majlis even majlis besar2 macam master celebration ke...tu yang benda pertama yang saya jatuh hati dengan shaklee...So, no reason untuk tak datang kelas yer..

Impian saya untuk cycle 2015/2016 untuk bawa ibu dan suami tercinta pergi umrah. Saya tak nak jadi anak yang menyesal nanti...Saya akan berusaha demi ibu saya.. Ibu yang banyak berkorban untuk menjadikan saya seperti hari ini. Baik atau buruk ibu saya, dia tetap ibu saya dunia dan akhirat... Bagi saya hidup ini hanya lah pinjaman.. Kalau kita tidak berusaha untuk buat habis baik.. Mesti dah tak sempat nanti..

Saya pernah pergi kelas imkk dan mmm by #DAO, masatu saya memang keluar dengan satu azam, nak berbakti dengan ibu saya...tapi saya lemah di tengah jalan dek kerana termakan hati dengan ibu.. Tapi bila hadir kelas gegar gerudi utara conduct by master2 dan otai dlm #GLC, saya memang tercabar. Diaorang boleh buat, kenapa aku banyak alasan. Diaorang boleh buat 5/6 angka dalam setahun, kenapa aku nak tangguh lagi. Sejak dari haritu, saya termimpi2 master zura and pm laila cakap.. bukan motivasi yang buat kita down...bukan orang sekeliling kita yang buat kita down...commitment and attitude kita sebenarnya..

Berubah untuk lebih baik adalah tuntutan agama kita.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Wednesday 4 March 2015

Bantuan kecemasan bayi tersedak susu





Assalamualaikum.

Hari ini dengar cerita dari seorang kawan di office. Anak jiran beliau berusia sebulan meninggal akibat tersedak susu. Innalillah. Jadi hari ini saya nak share sikit cara nak bantu bila anak tersedak.


Penyusuan bayi ialah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru.


Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Regency, Dr. Chang Hok Keong menjelaskan, masalah ini berpunca daripada pelbagai sebab termasuk kecuaian penjaga bayi semasa menyusu iaitu payudara menghimpit hidung dan mulut bayi.


Kebanyakan penjaga bayi juga tidak melakukan sendawa terhadap bayi jagaan mereka selepas habis minum susu. Ini menyebabkan susu terkeluar atau muntah akan tersedak ke dalam paru-paru.


Dr. Hok Keong juga menjelaskan, bayi yang tidur bersama ibu bapa akan menyebabkan bayi tersepit kerana ruang terhad.


Menggunakan puting susu yang salah misalnya terlalu besar juga boleh menyebabkan susu meleleh dan tersekat.


Ada juga ibu bapa takut bayi sejuk semasa tidur. Oleh itu, mereka peluk bayi dengan ketat dan akhirnya menyebabkan bayi tersedak dan sesak nafas.


“Dalam sesetengah kes ada bayi yang tidur meniarap dengan hidung dan mulut tersekat oleh bantal dan selimut yang lembut. Terdapat juga kes iaitu bayi bermain dengan beg plastik kemudian tertutup kepala dan menyebabkan pernafasan tersekat atau asfisia,” katanya.


Kematian bayi akibat tersedak susu juga berpunca daripada bayi yang termakan sesuatu yang susah dikunyah seperti kismis, gula-gula atau bahagian mainan yang kecil, butang atau serpihan.


Masalah ini juga berpunca daripada penyakit dalaman yang belum dirawati seperti jangkitan paru-paru, otak, darah dan jantung. Tidak ketinggalan, Dr. Hok Keong, memberitahu ada juga kes kematian bayi yang tersedak tetapi tidak diketahui punca kematian mereka.


Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.


“Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu ,” katanya.


Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Hok Keong menasihatkan agar anda berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.


Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.


“Bayi yang tersedak susu memang berbahaya jika tidak diberi bantuan kecemasan dengan segera. Bayi mungkin akan meninggal dunia atau menyebabkan kesan sampingan kepada otak.


“Oleh itu, penjaga bayi atau ibu bapa mesti memahami punca-punca yang menyebabkan bayi tersedak. Selain itu, mereka perlu tahu cara menyelamatkan bayi atau teknik untuk memberi bantuan kecemasan semasa kes ini berlaku,” katanya.


Dr. Hok Keong menjelaskan, jika kerongkong bayi ada barang atau tersumbat, perhatikan sama ada bayi masih boleh menangis atau batuk. Jika boleh, jangan tepuk badan belakang atau beri air untuk diminum. Biarkan bayi batuk dan tenangkannya.


Tambah beliau, jika bayi tidak boleh menangis, batuk atau bernafas dan keluarkan bunyi, penjaga atau ibu bapa perlu duduk di atas kerusi, kemudian tonggengkan bayi dengan muka bayi menghadap ke lantai. Letakkan bayi di atas paha. Tepuk belakang bayi sebanyak lima kali untuk mengeluarkan bahan di dalam kerongkong.


“Jika bahan masih tersekat di dalam kerongkong atau saluran pernafasan, penjaga atau ibu bapa boleh pusing balik bayi dengan posisi melentang di atas paha dengan kepala bayi menghadap ke bawah. Gunakan dua atau tiga jari untuk letak di bawah tulang rusuk tengah (sternum). Tekan lima kali untuk keluarkan bahan yang tersekat. Jika masih tidak berjaya, hubungi hospital berdekatan dan dapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.


Sementara itu, jika anda berhadapan dengan kes iaitu bayi tidak sedar diri tetapi masih ada pernafasan, anda boleh letakkan bayi di atas lantai dengan mengiring sebelah badan. Gunakan jari untuk keluarkan barang atau makanan dalam mulut bayi. Jika bayi tidak sedar diri dengan tiada bernafas, lakukan bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari ( CPR ).


Jauhkan barang atau bahan yang mudah tertelan atau menyebabkan sesak nafas


● Belon, duit siling, penutup pen atau pensil, pemadam, pin keselamatan, guli, bola kecil, beg plastik, butang atau berlian, anting-anting.


● Kekacang, pop corn, biji tembikai, ceri, ketulan buah-buahan atau anggur.


● Sayur-sayuran hijau dalam ketulan, jem kacang atau daging.


● Gula-gula yang keras atau chewing gum.


Credit : utusan online


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atausitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058




Posted via Blogaway


Sunday 1 March 2015

Kacip fatimah moden

Alfalfa vs Kacip Fatimah Moden


Pengalaman berpantang dengan alfalfa sangat memberi kesan positive terhadap saya. Alfalfa antara vitamin wajib untuk saya sebab guna sebagai Milk Booster. Elok untuk masalah dalaman perempuan.. ala2 kacip fatimah moden tau. Tapi jangan risau sebab bukan perempuan je boleh ambil alfalfa tapi lelaki pun boleh ambil tau untuk detox dan pelbagai kegunaan lain.


Alfalfa sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.  Antara kelebihan alfafa ialah:


1) Raja segala tumbuhan:


● Melegakan sakit sendi dan belakang.


● Menghilangkan kelesuan dan tekanan.


● Meningkatkan stamina seorang suami


● Anti-tumor dan anti-bakteria



2) Elergi: 


● Merawat elergi, eczema dan resdung


● Merawat arthitis


● Merawat athma


● Melawan alahan (hidung sensitif, kurap, bau badan, ulat air)


3) Detox/Nyahtoksin:


● Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


● Mencuci usus bagi membuang toksik


● Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor


● Meneutralkan asid dalam badan


● Membuang angin dalam badanMelegakan sembelit


4) Keistimewaan untuk wanita:


● Memberi kelegaan semasa haid


● Merawat masalah keputihan


● Membesar dan menegangkan payudara


● Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri


● Memulihkan urat selepas bersalin


● MILK BOOSTER untuk ibu-ibu yg menyusu.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058