Tuesday 29 March 2016

9 FAKTA ESP: KAMU TANYA SAYA JAWAB

 Soal jawab secara eklusif dengan nutritionist shaklee.

1.Apa yang dimaksudkan Soya Non-GMO..

-> Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormone tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan

2. Bagaimana Isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?

- Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas/kerja yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

3. Bagaimana soya esp berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?

-kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.

--kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Protein diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (spt: hormone untuk kesuburan & sel-sel system pembiakan)

5. Soya Tidak elok untuk Lelaki Fakta Atau Auta??

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebb ader sesetengahnya x pernah tahu yng dia alergik soya.?Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya

-sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.

7. dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dlm kekacang. fakta atau auta?

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

8. berapa sudu yg sepatutnya di ambil dlm sehari? ada yg kata 3 sudu, ada kata 6 sudu. kalau melebihi kuantiti ESP yg di ambil, adakah ia memudaratkan ?

-> sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari.protein yang ada dlm ESP ialah 14gram.Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dgn ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9.kenapa amik esp boleh jadi naik berat badan dan kenapa ader yang amik sembelit dan jadi sampai buasir.

-> Pengawalan berat badan perlu seimbang dgn kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dgn pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurus nya dan menyebabkan berat naik.Perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik

Ingin dapatkan esp protein secara percuma?

Save nombor saya 0195523058 Zuhaida Shaklee Gurun dan whatsapp saya ye. Saya menanti anda untuk selesaikan masalah anda.

Monday 28 March 2016

10 TIPS BUANG LEMAK DI PERUT!

Add caption

Oleh Veedo Primes

1. Sentiasa membawa air mineral

Untuk kekal bertenaga, ia adalah idea yang baik sekiranya anda sentiasa membawa sebotol air mineral bersama anda tidak kira dimana jua. Anda akan rasa lebih bertenaga dan lama kelamaan anda akan kurangkan minuman soda dan air gula yang berlebihan. Ini adalah salah satu jalan pintas untuk hilangkan lemak di perut, ayuhlah kita cuba dalam masa seminggu dan lihat perubahannya!

2. Tidak mengambil makanan segera (Fast Food)

Makanan segera merupakan penyumbang utama kepada lemak di perut. Ia memang sangat menyelerakan namun makanan segera mengandungi banyak kalori dan lemak yang menyebabkan lemak di perut dan pinggul. Katakan tidak kepada makanan segera atau sekurang-kurangya untuk makanan segera cara yang sihat, contohnya salad tanpa ayam goreng atau kalori yang tidak tinggi. Tetapi sekiranya anda benar benar mahu hilangkan lemak di perut, elakkan pengambilan makanan segera.

3. Tidak mengambil soda

Soda mempunyai kalori yang sangat tinggi berbanding dengan pengambilan pisang yang banyak, yang tidak ada nutrisi. Kebanyak kalori dari soda datagnya dari fruktosa air gula yang sangat tinggi dimana badan kita tidak dapat memproses dan kemudiannya berakhir menjadi lemak perut. Buangkan soda dalam hidup dan selamatkan kalori-kalori dengan perkara yang lebih baik untuk membakar lemak perut.

4. Kurangkan berat badan dengan melakukan senaman

Dalam jumlah yang sederhana, anda perlu melakukan pelbagai jenis senaman contohnya senaman berjalan pantas, joging, berenang dan lain-lain. Ingat, keseluruhan senaman dan nutrisi merupakan kunci untuk hilangkan lemak di perut!

5. Melakukan senaman dengan penuh kenikmatan

Ia adalah sangat penting untuk anda memilih jenis senaman yang anda suka dan jadikan ia sebagai rutin hidup. Sekiranya anda gemar menari, anda boleh mencuba untuk ke kelas Zumba pada hujung minggu termasuk juga dengan senaman aerobik.

6. Jangan sampai kebulurkan diri

Kebulurkan diri tidak akan langsung membantu anda untuk membakar lemak perut. Hilangkan kalori tidak semestinya dengan tidak menyentuh makanan tetapi dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Membiarkan diri anda kebuluran merupakan perkara yang sangat bahaya dan tidak sihat, malah ia alangsung tidak membantu! Ia boleh merosakkan metabolisma lalu membawa kepada banyak masalah kesihatan. Jangan buat kesilapan dengan menganggap tidak makan waktu pagi dan waktu yang lain boleh menyebabkan berat badan turun.

7. Matlamat untuk hilangkan lemak perut dengan cepat

Selepas beberapa minggu anda mendapati berat badan masih lagi tidak turun. Jangan berputus asa! Itu adalah salah satu tanda badan anda sedang berusaha untuk mencapai hasil positif yang selama ini ada usahakan. Teruskan perjuangan anda! Anda hampir mencapai matlamat anda untuk menghilangkan lemak di perut.

8. Minum segelas air putih sebelum makan

Kebiasaanya kalau anda dahaga, anda akan makan. Pelik tapi benar. Oleh itu, sebelum anda makan, anda disyorkan untuk minum segelas air sejuk beberapa minit sebelum menikmati hidangan anda. Anda akan terkejut melihat perubahnnya. Jom cuba!

9. Makan 5 hidangan yang sikit setiap sehari

Lebih baik anda mengambil lima hidangan yang sikit setiap hari daripada mengambil tiga hidangan yang banyak setiap hari. Contohnya, sarapan pagi yang ringan, snek untuk pagi, makanan tengahari yang ringan, snek petang dan makan malam yang seimbang. Untuk peringatan, snek tidak semestinya makanan yang tidak sihat, cari yang berkhasiat! Oleh itu, rancanglah pemakanan anda lima kali sehari dengan bijak dan lama-kelamaan ia akan menjadi rutin hidup yang sihat.

10. Abaikan komersial produk hilangkan lemak perut dengan cepat

Jangan terpedaya dengan komesial produk yang menjanjikan pil diet, alatan senaman dan yang menggunakan selebriti untuk meyakinkan anda. Semua itu adalah tipu daya sahaja. Cara yang paling berkesan hanyalah dengan tukarkan pemakanan yang sihat dan bersenam.

Posted via Blogaway

Wednesday 23 March 2016

9 makanan untuk bakar kalori dengan cepat

9 jenis superfood dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pelan diet pemakanan anda.

 1. Coklat Hitam

Coklat hitam dan ternyata dapat menurunkan berat badan. Dalam sebuah penelitian telah menemukan orang yang memakan coklat hitam (dark chocolate) 2 jam sebelum makan nasi dapat menyerap 17%  kalori lebih sedikit berbanding dengan seseorang yang memakan coklat susu.

Hal ini disebabkan kerana kandungancocoa butter yang terkandung di dalam coklat hitam tersebut dapat melambatkan proses pencernaan dan ini akan menyebabkan anda lebih cepat berasa kenyang. Sedangkan coklat susu yang mengandungi lebih banyak kandungan minyak menteganya akan membuatkan anda lebih menyukai manisan dan berkemungkinan besar akan mengambil makanan manis dengan lebih banyak. Apabila anda lambat berasa lapar, maka keinginan untuk makan makanan berat turut berkurangan. Lama-kelamaan nafsu makan anda dapat dikawal dan ini akan membantu mempercepatlan lagi proses penurunan berat badan.

2. Bluberi

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh journal ‘Molecular Nutrition and Food Research’, para penyelidik mendapati bahawa buah bluberi boleh membantu menjaga kesihatan anda. Para penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dipanggil ‘pterostilbene’ bekerja dengan vitamin D akan bertindak balas dalam tubuh badan untuk meningkatkan sistem imunisasi anda dalam melawan jangkitan. Selain itu, bluberi juga boleh membantu anda langsing dengan memenuhi tahap manis yang diperlukan oleh tubuh anda kerana hanya melibatkan 44 kalori. Selain bertindak sebagai anti-oksidan, membantu mengawal kolesterol dan menstabilkan metabolisma badan, bluberi juga dikatakan boleh menajamkan fikiran manusia selain mampu meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran. Bagi yang cepat lupa, rajin-rajinlah makan bluberi ya.

3. Tomato

Tomato boleh dipelbagaikan cara hidangannya sama ada boleh terus dimakan begitu sahaja, dibuat jus, sos, masakan bergoreng atau berkuah, dibuat sambal goreng mahupun dijadikan salad.  Buah tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin, seperti A, C, K, Asid folat dan ‘potasium’. Dengan pelbagai kandungan yang dimiliknya, maka tidak hairanlah khasiatnya jika mengamalkan memakan buah tomato ia akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda.

Tomato juga mengandungi ‘naicin’ dan kaya serat yang boleh menurunkan kolesterol jahat seterusnya menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh anda. Selain itu, tomato juga menjadi sumber vitamin B6 yang boleh menjaga sel-sel darah merah anda daripada kerosakan. Selain itu, tomato juga kaya dengan kalium yang boleh menstabilkan tekanan darah anda.

Amalan minum jus tomato secara teratur adalah cara paling mudah untukmenurunkan berat badan kerana ia rendah kalori di samping membantu membuang racun dalam tubuh anda. Mengambil jus tomato bukan sekadar menyihatkan, malahan akan membuatkan anda tetap langsing!

4. Seledri

Ramai di kalangan kita tidak suka makan seledri kerana aromanya yang agak kuat. Namun begitu, di sebalik baunya itu jika dicampurkan ke dalam menu masakan seperti sup,soto atau salad, ia pasti membangkitkan selera. Batang saledri amat baik dan sihat kerana mengandungi rendah kalori selain kaya dengan air dan serat.

5. Teh hijau

Banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau, antaranya hasil kajian yang dijalankan di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati bahawa teh hijau dapat menjaga berat badan dengan lebih stabil dan boleh meningkatkan metabolisme di samping ia turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains pula mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan sebarang aktiviti fizikal untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

6. Limau gedang

Beberapa hasil penyelidikan telah menunjukkan buah  jenis ini sangat baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus untuk membakar lemak dalam tubuh. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California yang mana pengkaji tersebut mendapati bahawa pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan.

Namun, menikmati grapefruit atau limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya.Ini kerana limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan. Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

7. Cuka

Cuka memang mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein(HDL). Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami. Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

8. Halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

9. Kekacang

Kacang adalah satu lagi superfood yang kaya dengan lemak sihat dan salah satu cara kuruskan badan dengan sihat diet. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Badam khususnya dapat membantu anda menguruskan badan. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyuk (Alzheimer’s disease)dan beberapa penyakit kronik yang lain. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda.

Sumber
Mommy Georgeous mysupervitamins

Sunday 13 March 2016

BILA WAKTU SUBUR BAGI WANITA

Bila hari subur? wanita2 yg belum ade zuriat sila baca ye, semoga membantu anda...

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. Sila minta bantuan OPK (Ovulation Prediction Kit)

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja,maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14..