Thursday 26 June 2014

Khasiat Meal Shake di Bulan Ramadhan

Kenapa Meal Shake?

 
 
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

 

Isi kandungan Meal Shake?

 
  • Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.
  • Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
  • Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

 

Siapa perlukan Meal Shake?

 
  • Kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas.
  • Kanak-kanak yang sering membuat pilihan tentang makanan mereka, dalam erti kata lain kanak-kanak yang susah nak makan.
  • Kanak-kanak yang baru nk belajar puasa.
  • Obesiti atau yang terlalu kurus.
  • Seisi keluarga untuk dijadikan sarapan pagi atau sahur.

Untuk tempahan sila isi borang disini


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Wednesday 25 June 2014

Soya - Baik ke buruk?

Mesti pelik dengan tajuk saya harini. Baik ke buruk soya? Sebenarnya Soya mempunyai banyak keburukan jika salah cara pengambilannya.
 
Fakta 1. Soya mempunyai kandungan tinggi asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral (kalsium, magnesium, zink) semasa pencernaan dalam usus. Bayangkan apa apa akan berlaku jika zat-zat yang anda harapkan. Terbazir begitu sahaja disebabkan tiada penyerapan.

>> Dalam ESP Shaklee, terdapat 50% keperluan kalsium harian. Kenapa ada kalsium? Kerana tambahan sedikit kalsium di dalam ESP boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya dan disebabkan itu ESP Shkaklee selamat diminum berbanding produk soya yang lain.

Fakta 2. Soya mengandungi hemaglutinin - yang menyebabkan sel-sel darah merah terkumpul dan melekat sesama mereka.

>> Shaklee telah menjalankan ujian demi ujian untuk membuang lemak didalam soya, proses untuk mengasingkan kandungan protein kacang soya dari bahagian-bahagian yang kurang diingini kacang soya, seperti bahan badan keras dan lemak. Perencat trypsin - bahan kimia yang terdapat secara semulajadi dalam kacang soya mentah yang boleh menjejaskan enzim pencernaan manusia - sebahagian besarnya dilemahkan oleh mengukus dan haba digunakan semasa pemprosesan isolat soya. Hanya kira-kira 20% daripada aktiviti asal mereka masih kekal. Begitu juga, hemagglutinin, dikeluarkan semasa pemprosesan dadih soya seperti yang dinyatakan di atas.

Fakta 3. Mengandungi goitrogen-melemahkan fungsi tiroid (sangat bahaya)

>> Goitrogen pula adalah bahan anti tiroid yang menghalang penghasilan hormon tiroid. Goitrogen memang ada dalam soya tapi kaedah pemprosesan Shaklee memastikan goitrogen dah dipisahkan dari soya.

Fakta 4. Kebanyakan soya adalah GM (genetically modified)-struktur gen berubah untuk tujuan pertanian (supaya lebih besar dsg) dan mengandungi racun serangga yang tertinggi

>> Soya ESP tak mengalami sebarang Genetically Modified.

Fakta 5. Soya mempunyai kandungan tinggi toxin natural dinamakan antinutrient (antizat). Ia adalah penghalang enzim dalam pencernaan protein. Ianya tidak mudah dimusnahkan semasa proses memasak. Hasilnya ialah anda mendapat kembung perut dan kekurangan asid amino-dimana akan menjurus kepada kerosakan pankreas.

Fakta 6. Disebabkan unsur antinutrient, syarikat pengeluar berusaha untuk menyahkannya pada akhir proses, ianya dibawa dalam beberapa siri proses kemikal termasuk membasuhnya dengan asid dalam tangki aluminum.

>> Kesimpulan untuk fakta 1 hingga 6, Dr Shaklee, telah membuat lebih 1500 kajian menunjukkan kebaikan soya dan hanya 12 hingga 20 kajian negatif.
 

Proses yang dijalankan oleh Shaklee adalah seperti dibawah;
  • Kacang soya yang berkualiti tinggi diasingkan, dihancurkan, dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan cip soya.
  • Cip soya tersebut kemudian diesukkan dan diparut untuk menghasilkan kepingan penuh lemak.
  • Lemak yang memberi kesan negatif terhadap sistem badan akan diekstrak menggunakan air sejuk.
  • Lemak yang tinggal hanyalah protein yang boleh diterima di dalam badan dan memberikan kesan positif seperti phyto-estrogen yang menghalang kanser payudara dan kanser prostat pada lelaki.




Boleh klik disini untuk rujukan.

Untuk tempahan sila isi borang disini.
 
@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Tuesday 24 June 2014

Gastrik - Punca dan cara rawatan

 

 MAKSUD / DEFINISI GASTRIK

 
Gastrik adalah satu penyakit yang sangat lazim di mana berlaku keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut yang menyebabkan kita berasa sangat pedih dan sakit perut. Jika keadaan menjadi lebih serius, ia akan dikenali sebagai ulser perut atau ulser peptik yang merupakan serangan pada lapisan sel yang lebih dalam.
 

PUNCA BERLAKU GASTRIK

  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
  • Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
  • Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam

 TANDA-TANDA GASTRIK

  • Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
  • Terasa loya
  • Kurang selera makan (tanda kanser)
  • Berat badan menurun (tanda kanser)
  • Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
  • Sendawa
  •  

NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK

  • Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Pengambilan sayur yang mencukupi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
  • Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
  • Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).
 credit to PensilTekan

TIP UNTUK SEPANJANG RAMADHAN

 
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
credit to Bacaan Harian
 
 

SET GASTRIK SHAKLEE

 
Bagi membantu anda mengelakkan diri dari terkena gastrik yang berulang, anda juga boleh mengamalkan set supplement berikut:
 

 

ESP 

 
  • ESP adalah protein kacang soya yang bersifat alkali yang membantu untuk meneutralkan asid.
  • Ia memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk membina dan membaiki semula sel-sel yang telah terhakis akibat rembesan asid hidroklorik. 
 

B-Complex 

 
  • B-complex berfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca penyakit gastrik.
  • Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit dan juga membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan pesakit kepada ubat tahan sakit atau pain killer. 
 

Ostematrix 

 
  • Ostematrix Shaklee adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan susu. Ia bukan sekadar kalsium kerana ia turut diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. 
  • Bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 
 

Peppermint Ginger Plus 

 
  • Bagi membantu membuang angin yang berkumpul dalam badan, peppermint ginger plus merupakan supplement yang sangat sesuai.
  • Mengandungi bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis, peppermint ginger plus amat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut.
  • Ia juga membantu pencernaan dan mengelakkan dari ketidakhadaman.

Untuk tempahan sila isi borang disini. 

 
@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Monday 23 June 2014

Punca ketidaksuburan bagi lelaki dan cara penyelesaiannya.

Hari ni saya nak kongsikan punca-punca ketidaksuburan bagi kaum lelaki. Kaum lelaki mungkin tidak menyangka hal sekecil ini adalah punca segelintir perkahwinan tidak mempunyai zuriatdan ianya dianggap mudah. Selalunya kaum wanita yang akan dipersalahkan oleh keluarga mentua kerana ‘mandul’ tapi si lelaki juga harus mengambil tahu kadar kesihatan diri juga. Bagi yang dah kahwin lama tapi masih belum ada rezeki nak memiliki anak sendiri, jom kita sama-sama kaji punca-punca ketidaksuburan dan kalau kita tak ada masalah ketidaksuburan ni, kita tengok pula cara penyelesaianya.
 

Punca ketidaksuburan bagi lelaki


Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
 
Sebab kenapa tidak normal:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
 
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan - telefon bimbit, laptop yang diletakkan di atas riba
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
 
Sebab lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi
Saya bukan doktor, apa yang saya kongsikan saya petik dari website AlamHamil.com
 

Cara penyelesaiannya

 
  1. Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari.
  2. Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.
  3. Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.
  4. Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.
  5. Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.
  6. Sebagai ikhtiar, saya juga mencadangkan kepada pasangan yang mengalami masalah ini untuk menggunakan set Shaklee yang terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Vitamin E dan Zinc Complex pasti dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang 'mencalarkan' reputasi anda ini.
     

ZINC COMPLEX

  • Zinc digunakan untuk kesuburan kerana ia berperanan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zink juga merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). 
  • Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. 
  • Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

VITAMIN E 

  • Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 
  • Vita-E complex mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium dan membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 
Doa: Jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya yang Maha Berkuasa dan Berkehendak. mohonlah pada waktu-waktu istijabah (mustajab). Barangsiapa yang berikhtiar tanpa berdoa, sesungguhnya dia sombong kepada Allah. Allah SWT berfirman,"Mintalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan". Jadi, jangan sekali-kali berputus asa berdoa dan berusaha
Semua makanan dan suplement yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan dan kesuburan lelaki.
credit to Blog Lissa
 
Untuk tempahan sila isi borang disini.
 
@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Wednesday 18 June 2014

Peluang Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bukakan jalan ini untuk saya, pada mulanya saya ragu-ragu dengan masa yang kononnya singkat bagi kita semua, tidak sempat buat macam-macam dalam masa satu hari. Berkat usaha dan tunjuk ajar dari upline dan juga 'support' dari kawan-kawan dan suami, saya berjaya mengendalikan shaklee dengan baik sekali. InsyaAllah, saya mempunyai misi untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai rakyat Malaysia. Kenapa? Hanya anda yang pernah ambil Shaklee sahaja yang tahu.

Jujurnya, saya tak pernah terlibat dalam sebarang bisness. Kita sudah dibentuk dari sejak lahir, kerja la government, ada pencen, jadi misi hidup saya cuma untuk jadi pegawai kerajaan. Tapi sekarang dah berubah bila saya sendiri yang gunakan Shaklee, saya jadi jatuh cinta dengan Shaklee. Saya ni pemalas, tidak pandai bercerita tapi dalam tak pandai semua tu, saya mampu tersenyum bila dah dapat jana pendapatan 4 angka melalui Shaklee. Macamana saya buat? Shhhh. Rahsia tu hanya saya kongsikan secara esklusif dengan mereka yang join saya di Shaklee.


Kenapa Shaklee?


  • Tidak perlu keluar mencari customer 

Bagi sesiapa yang tidak reti bercakap secara berdepan atau tidak reti menjual langsung, ini peluang terbaik untuk anda. Di Shaklee, kita cuma perlu mengadap laptop atau telephone sahaja. Anda hanya perlu cerita tentang kebaikan product Shaklee sahaja. 

  • Tidak perlu menyimpan stok 

Shaklee mengamalkan sistem 'Dropship' dimana, pengedar tidak perlu menyimpan stok, hanya perlu kongsikan tentang product tersebut. Syarikat Shaklee sendiri yang akan membungkus dan menghantar terus ke rumah customer. 

  • Masa kerja yang fleksibel mengikut jadual sendiri 

Di Shaklee, tidak ada orang yang akan paksa anda untuk bekerja mengikut kehendak upline. Sistem Shaklee tidak memberi manfaat langsung kepada upline. Point yang anda dapat hanyalah untuk diri anda sendiri. Jadi anda yang perlu tetapkan masa dan waktu untuk mendapatkan point tersebut dalam kata lain, lebih usaha lebih dapat point. 

  • Perbezaan Shaklee dengan vitamin yang lain 

Bertepatan dengan prisip selamat, berkesan dan semulajadi. Bahan yang tidak mempunyai unsur dadah dan 100% selamat untuk setiap lapisan masyarakat. Tiada bahan pengawet dan pewarna yang tidak dibenarkan. Bahan yang mengandungi 100% dari alam semulajadi. 





Modal permulaan serendah RM 80 atau tanpa modal langsung 


Pendaftaran RM 80 dan daftar menggunakan ID saya iaitu 1136691 (Siti Zuhaida Ahmad) (jika anda pergi sendiri di branch Shaklee) 


Pendaftaran RM 80 untuk semenanjung malaysia (starter kit akan sampai terus ke rumah) 


Pendaftaran RM 100 untuk sabah dan sarawak (starter kit akan sampai terus ke rumah) 


Percuma keahlian dengan pembelian bernilai RM 660 @ 200 point. 





Keistimewaan tentang Shaklee hanya boleh dikongsi dengan lebih details jika anda menjadi ahli Shaklee dan dibawah susur galur saya. Shaklee menawarkan banyak faedah kepada pengedarnya. Boleh klik disini jika ingin maklumat lanjut.




Sila ke pautan seterusnya untuk berdaftar dengan saya.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058
































Falsafah Shaklee - Selamat, Berkesan, Semulajadi

 

 

SENTIASA SELAMAT

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat.

Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
 

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Shaklee telah membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, Shaklee telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang Shaklee katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.


SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
  • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
    daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Untuk tempahan sila isi borang disini.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Sejarah Shaklee

Apakah Shaklee?

 
  • Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
  • Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
 

Falsafah Shaklee?


  • Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, keghairahan dan falsafahnya yang tersendiri.
  • Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.
  • Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
 


 

Siapakah Dr. Forrect C Shaklee?

  • Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.
  • Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."
  • Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
  • Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.
  • Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
  • Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

Untuk tempahan sila isi borang disini.


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058