Thursday 23 April 2015

Mak ayah - Pengorbanan mereka



Jangan menangis bace cerita ni

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.


“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.


“Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. 


Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.


“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.


“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.” 


“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Mana kita nak cari duit banyak tu bang? 


Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 


“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”


Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.


“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.”


Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. “Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” 


Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang………..” “Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. 


Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.


“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. “Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. 


Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. 


Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.


Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.


Kini hubungan mereka seperti orang asing. “Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. 


Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. “Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang.


Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan.


Kau nak bebas macam tu?” “Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati.


Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham. “Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.


Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!” “Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. 


Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. 


Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. 


Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu. “Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. “Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. 


Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya. “Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. 


Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. 


Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah. “Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. “Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. 


Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. “Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. 


Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. “Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. 


Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. 


Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. “Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. 


Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. 


Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. “Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.


“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. 


Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar. “Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”


“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. 


Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. “Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu?


Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. 


Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. “Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka.


Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. 


Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. 


Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.


Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. “Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. 


Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. 


Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan. 


Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah Abah. 


Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. 


“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. 


“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu. 


“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. 


Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. 


Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. “Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 


“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju. “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. 


“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. 


“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.


“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” “Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. 


Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. “Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. 


Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah. “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. 


Dadanya bergetar. “Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya. “Kenapa Az…….. kenapa?”


Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. “Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. 


Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada tinggalkan surat untuk kita. 


Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.


“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.


Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas. 


Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan mhipemeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. 


Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..” “Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang
terasing”...


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058


Wednesday 22 April 2015

Cara menyusu yang betul

Assalamualaikum,

Saya lihat para ibu yang baru mempunyai anak pertama mempunyai kesukaran semasa ingin menyusukan bayi pertama mereka kerana kurang pengalaman.

Ada banyak sebab, antaranya ialah; 
  • Kurang selesa dengan bayi tersebut. 
  • Bayi tidak tahu menghisap. 
  • Kurang pengetahuan. 
  • Malu bertanya. 
  • Puting pendek. 

Saya share cara menyusu dengan betul ye.

Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu: 
Posisi 
Pelekapan 
Tanda-tanda pelekapan yang salah 
Penilaian samada bayi menyusu dengan baik 


Tanda-tanda pelekapan yang salah





Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan. 
Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan. 
Payu dara mungkin bengkak. 
Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan. 




Penilaian samada bayi menyusu dengan betul






Bayi menyusu dengan cara yang betul 
Mulut bayi terbuka luas. 
Dagu bayi menyentuh payu dara. 
Bibir bawah bayi bergulung keluar. 
Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas. 
Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam. 
Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Resepi - Pajeri Nanas

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak share cara masak pajeri nanas.



Kebetulan en suami bawa balik nanas dari rumah ibu mertuaku.

Ayah mentua saya memang tak pernah berat sebelah menantu-menantu diaorang. Minggu lepas habuan biras saya. Minggu en suami bawa balik nanas, ayah bagi katanya.

Ok. saya pon dah tak mahu cerita banyak. Resepi ni dari mak saya. Mudah je.

Bahan-bahan:

A) Untuk dikisar;
  • Bawang merah - 3 ulas
  • Bawang putih - 5 ulas (lagi banyak lagi bagus)
  • Halia - Seinci atau sebesar ibu jari.
  • Rempah daging - 1 packet.


B) Bahan untuk di masak;
  • Nanas - 1 biji
  • Santan - RM 2 @ setengah biji
  • Kerisik - RM 1 @ 1 packet
  • Gula - 3 sudu
  • Garam secukup rasa


Cara masak;


  • Rebus nanas sehingga masak. Asingkan nanas tersebut dan toskan.

  • Tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.


  • Masukkan nanas dan santan bersama-sama, gaulkan sekali sehingga sebati.


  • Masukkan kerisik dan biar didih sehigga masak kerisik tersebut.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan manis sangat ye, tak baik untuk kesihatan.
  • Hidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama masin...perghh...sedap ni..


Selamat mencuba... nanti share result ye.. ye la saya ni bukan pandai masak sangat.. sahaja nak share je..


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Thursday 16 April 2015

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Assalamualaikum,

Harini saya share tentang fadhilat amalan zikir Asma Ul Husna.
 
Kadang2 kita hanya sebut je kan.. Saya tak tahu pun maksud dan fadhilat nya sebelum ini. Jadi untuk saling ingat mengingati, saya post la kat blog saya.
 
99 nama Allah yang patut kita tahu mempunyai maksud tersendiri dan mampu mempengaruhi diri kita, keluarga dan keadaan persekitaran kita. Jom sama-sama kita amalkan hari-hari..
 
Ambil masa untuk amalkan 1 nama sehari..kalau 99 hari dah cukup 99 nama kan.. Setahun ada 365 hari dan sebenarnya kita dah 3 kali ulang 99 nama Allah dalam setahun.
 
Nanti saya akan posting hari-hari dalam FB saya, untuk kita selalu baca ye..
 
Bermula disini ye;
 
 
 
1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

(Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

credit to : shafiqolbu



@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Tuesday 14 April 2015

PREGNANT? Jangan consume Shaklee


Assalamualaikum,


Tajuk saya seram kan dengar.


Betul.. Untuk orang mengandung tolong jangan ambil supplement shaklee.


Kenapa?


Ni yang saya nak cerita ni.


Saya tak pernah share tentang testimoni saya sendiri selama consume Shaklee. Selalu saya dok post pasal testimoni kawan2 dan customer shaklee je kan. Jadi harini saya nak share pasal keadaan saya semasa dan selepas consume shaklee.


Orang kata, kalau nak share dengan orang tentang product tersebut, kita kena la cuba dulu... Masalahnya saya cuba sampai ada masalah pula kat saya.


Saya kenal shaklee masa anak no 3. Itu pun sebab saya terpaksa cuba untuk dapatkan testimoni sendiri kan. Suggestion saya, orang mengandung jangan cuba2 untuk consume Shaklee jika anda tak mampu nak tengok result bila kena buat ujian darah or ujian macam2.


Kenapa?

Sangat bahaya jika awak adalah pengguna pertama bagi product shaklee. Awak kena tahu cara makan dan mempunyai seorang pengedar yang mampu berikan consultation yang lengkap kepada awak.

Saya sambung cerita pasal saya ye.




Semasa saya mengandung saya ambil B complex, Vitamin C, Vita-lea, dan Ostematrix. Nak tahu tak result yang tak sanggup saya tahu adalah keputusan darah or HB kuantiti.. Semasa saya register, HB saya hanya 11++...saya ambil vita lea pada sebulan terakhir sebelum operation, sebelum saya consume last HB adalah 10.7.

Routine saya dah jadi bertambah sibuk sebab saya terpaksa di bedah kerana kedudukan anak saya melintang, jadi saya terpaksa ulang alik hospital dan langsung tidak check latest HB saya. 


Sehari sebelum saya operation, doktor check darah saya, saya still tidak ambil peduli tentang kandungan HB saya, selepas operation doktor datang ambil lagi sekali darah, waktu tu baru saya terbukak hati untuk ambil tahu kandungan darah dalam badan saya. Saya terkejut sangat2 dan tidak sangka, shaklee bagi masalah rupanya kat saya, HB saya jadi 13++..masalahnya saya terkejut sangat2..hehe..

Kat sini saya cerita, kebaikan setiap vitamin untuk set hamil shaklee ye.



Vita-Lea Iron Formula




Vita lea adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaran oleh RDA.


Kebaikan Vita lea

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi
  • Keupayaan sistem proaktif
  • Stimulasi metabolisa dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan nutrisi asas
  • Memastikan sel hidup.
  • Pertumbuhan sel baru,
  • Membantu prosesss pembesaran
  • Pertumbuhan rambut,  otot, kulit, kuku dan hormon.
  • Menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 



B-Complex with Folic Acid





B-complex Shaklee mempunyai 8 komponen folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B complex untuk mendapatkan keseimbangan dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebrang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan.


Kebaikan B-Complex shaklee.

  • Menukarkan makanan kepada tenaga (baik untuk orang yang menghidap kencing manis)
  • Melawan tekanan (baik untuk orang migrain)
  • Membantu tumbesaran (baik untuk bayi dalam kandungan)
  • Membaiki masalah kulit kepala (rambut gugur, kelemumur, beruban dan sbg)
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah kerekahan mulut
  • Mencegah jangkitan lidah
  • Mencegah nafas berbau
  • Meredakan alahan 



ESP (Soy Protein Isolate Powder)




ESP shaklee menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.


Kebaikan ESP.

  • Keadaan badan kelihatan semakin muda atau awet muda.
  • Baik untuk hormon.
  • Baik untuk prostat.
  • Bertindak sebagai anti-penuaan.
  • Pembekal tenaga
  • Membaiki pigmentasi
  • Meningkatkan daya ingatan. 



OsteMatrix




Ostematrix shaklee mempunyai formularnya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, managanes  dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kebaikan Ostematrix;

  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress
  • Memperbaiki masalah haid
  • Pengalkalian tubuh
  • Memperbaiki heperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Meningkatkan penyerapan calcium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang
  • Menggalakan komposisi tulang dan rawan.
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot.  



Sustained Release Vita-C Plus




Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang dikenali sebagai Vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c didalam tubuh kita.


Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus

  • Membentuk collagen
  • Memperbaiki system pendarahan
  • Meningkat sistem imun
  • Memerangi kanser
  • Mencantikkan kulit
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat 

Amaran!!!

  • 1 batang rokok melupuskan 50-100mg vitamin c
  • Stress akan menyebabkan vitamin C cepat menyusut
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan mngurangkan vitamin C
  • Terlebih dos SR Vita-C (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit  


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Thursday 9 April 2015

Kebaikan Cinch® Shake Mix

Assalamualaikum.

Harini saya nak share pasal Cinch® Shake Mix sebab bulan ni bulan diet bagi saya. 6 kilo nak turun ni..



Berikut, kelebihan & kebaikan Cinch Shake :
  1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
  3. Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
  4. Meningkatan metabolisme badan
  5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
  6. Tak perlu berlapar
  7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
  8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
  10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  16. Soya bukan GMO


@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

Wednesday 8 April 2015

Kenali jenis GEMUK

Assalamualaikum.

Saya tercari2 saya ni jenis gemuk apa ye.

Kenali kita ni jenis gemuk apa senang untuk kita uruskan cara kita diet. Diet bermaksud uruskan cara kita makan atau makan makanan yang seimbang, bukan tak makan langsung ye.

credit to : mamachrysalis.com

Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.

Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okay…jom kita check!

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu..

Jenis Gemuk Air


  • Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tiqdak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.
    • patutlah bila lepas bersalin turun banyak sangat2, sekarang ni cam dah tak nak turun dah..

Jenis Gemuk Angin



  • Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
    • saya tak ada rasa camni pun..


Jenis Gemuk Lemak



  • Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Jenis Gemuk Daging



  • Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita.


Set cadangan untuk perbaiki semua gemuk di atas.


1. CHINCH SHAKE

Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian

2. CHINCH TEA

Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian

3. LECHITIN
  • Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf. 
  • Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

4. OMEGA GUARD
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.





@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058