Monday 23 June 2014

Punca ketidaksuburan bagi lelaki dan cara penyelesaiannya.

Hari ni saya nak kongsikan punca-punca ketidaksuburan bagi kaum lelaki. Kaum lelaki mungkin tidak menyangka hal sekecil ini adalah punca segelintir perkahwinan tidak mempunyai zuriatdan ianya dianggap mudah. Selalunya kaum wanita yang akan dipersalahkan oleh keluarga mentua kerana ‘mandul’ tapi si lelaki juga harus mengambil tahu kadar kesihatan diri juga. Bagi yang dah kahwin lama tapi masih belum ada rezeki nak memiliki anak sendiri, jom kita sama-sama kaji punca-punca ketidaksuburan dan kalau kita tak ada masalah ketidaksuburan ni, kita tengok pula cara penyelesaianya.
 

Punca ketidaksuburan bagi lelaki


Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
 
Sebab kenapa tidak normal:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
 
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan - telefon bimbit, laptop yang diletakkan di atas riba
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
 
Sebab lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi
Saya bukan doktor, apa yang saya kongsikan saya petik dari website AlamHamil.com
 

Cara penyelesaiannya

 
  1. Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari.
  2. Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.
  3. Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.
  4. Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.
  5. Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.
  6. Sebagai ikhtiar, saya juga mencadangkan kepada pasangan yang mengalami masalah ini untuk menggunakan set Shaklee yang terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Vitamin E dan Zinc Complex pasti dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang 'mencalarkan' reputasi anda ini.
     

ZINC COMPLEX

  • Zinc digunakan untuk kesuburan kerana ia berperanan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zink juga merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). 
  • Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. 
  • Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

VITAMIN E 

  • Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 
  • Vita-E complex mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium dan membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 
Doa: Jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya yang Maha Berkuasa dan Berkehendak. mohonlah pada waktu-waktu istijabah (mustajab). Barangsiapa yang berikhtiar tanpa berdoa, sesungguhnya dia sombong kepada Allah. Allah SWT berfirman,"Mintalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan". Jadi, jangan sekali-kali berputus asa berdoa dan berusaha
Semua makanan dan suplement yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan dan kesuburan lelaki.
credit to Blog Lissa
 
Untuk tempahan sila isi borang disini.
 
@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058

No comments:

Post a Comment