Tuesday 13 December 2016

Share from Instagram

#TB Semalam checkup Amni di hospital pakar kanak-kanak. Kami sampai pukul 8.30 pagi, sangkaan pertama tak ramai orang, jadi saya pesan kat en hubby supaya tunggu dalam kereta sahaja sebab kak auni tidur lagi. . Saya berlari menuju ke kaunter dengan dukung Amni seberat 12.5kg, pakai kasut tinggi jugak ( nasib baik tak tersadong). . Nak jumpa Doc ada 2 kaunter pendaftaran, 1 kaunter pembayaran dan lagi satu kaunter pendaftaran kanak-kanak. Tengok orang memang sesak tengah beratur ambil ubat di lane warga emas, pelajar dan pesara kerajaan ( ku redah dengan hormat di sebalik lane panjang tu). . Saya menuju ke kaunter pendaftaran klinik pakar kanak-kanak, kaunter pun cepat ke bagi nombor. Ambil nombor dan tengok nombor 081, nombor sekarang 020. Nak kena tunggu 60 orang lagi tu. . Dengan penat berlari tadi, berjalan-jalan dengan dukung Amni (sebab dia tak pakai kasut tadi), menuju ke kereta. Bagitahu en hubby pergi makan dulu la sementara tunggu 60 orang. . Rupanya kantin hospital dah tutup, sapa tau ye kenapa tutup?

No comments:

Post a Comment