Monday 7 November 2016

Menulis dengan Hati

"Kami semua tak suka matematik la cikgu" "Subjek matematik asyik fail ja , cikgu ajar subjek lain la cikgu" Disebab ayat ini saya akan sentiasa cuba mencari cara yang berkesan dan menyeronokkan untuk anak didik saya kerana kebanyakan mereka lemah subjek Matematik ataupun tidak suka Matematik. (Berbanding dengan saya, Matematik dan Matematik Tambahan adalah subjek yang PALING saya minat). Maka saya terjumpa sebuah pusat tuisyen iaitu MATHCATCH sebagai 'platform' penyelesaian kepada masalah tersebut. Kalau di sekolah golongan ini tergolong geng 'kelas belakang'. Tetapi di Mathcatch tiada 'kelas belakang' ataupun depan. Sudah tentu ini menarik minat saya untuk join program ini. Di Matchcatch, sy telah terbuka minda untuk membuka peluang kepada semua orang mengenali Matematik dengan cara menyeronokan dan insyaallah impaknya lebih tinggi. Kebanyakan pelajar Mathcatch menunjukkan peningkatan dalam pelajaran selepas 'join' program Mathcatch Diberi peluang untuk menghadiri kursus professional tutor yang dihadiri oleh tutor dari seluruh malaysia termasuk dari brunei untuk mencedok ilmu dengan salah satu pusat tuisyen 'mathcatch' yang top di tengah Malaysia. Berkenalan dengan ramai tutor lain yang pengalaman 15-20 tahun mengajar Math dan mempunyai pelbagai jenis cara untuk menarik minat dan menolong kefahaman anak-anak murid. Kami ada 3 sesi hebat seperti bersama: Dr Azaruddin Team mathcatch training Tuan Syed azlan-NLP (neurolinguistic programme for teacher) Grandfinale* 'Skills dan attitude' yang perlu sebagai pendidik telah diajarkan melalu program ini. Moga ilmu yang dikutip berguna dan dapat disampaikan kepada masyarakat demi agama, bangsa dan negara. "pakaian luar ialah guru dalamnya ialah pendidik" "apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ILMU YANG BERGUNA, doa anak – anak yang soleh” HR Muslim Ketahuilah Mathcatch akan ke utara. Jom join program MATHCATCH. !!!!! #livelifeasatraveller #doktorsate #Mathcatch .............................................. Mohd Hatim Ahmad Certified professional Mathcatch tutor ________________ Hasil dari kelas 3 hari 2 malam di sana. Kebanyakkan yang join bukan dari latarbelakang pendidikan. Tuan Hatim adalah freshie dalam bidang kedoktoran. Beliau hadir bersama dengan isteri untuk maju kehadapan bersama Maths Catch. Semoga dipermudahkan 😊

No comments:

Post a Comment