Apa itu Keputihan?
📌Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing dan jika wanita tidak peka dengan kebersihan kendiri, membersihkan kemaluan seperti mencuci najis dengan tangan menyapu air dari lubang najis ke kemaluan atau menggunakan tisu pelembap, dengan menyapu dari bawah (lubang najis) ke kemaluan.
📌Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!
Bagaimana Keputihan boleh menyukarkan kehamilan?
✔Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ tiub fallopio dan uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil. Ia menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan akan menyebabkan risiko kehamilan ektopik (ectopic pregnancy).
✔Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh akan menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio.Jika berlaku kerosakkan begini maka risiko untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah sangat tipis sekali.
✔Jika sekarang ini anda masih belum lagi hamil walaupun telah berkahwin lebih dari 2 tahun, kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh masalah keputihan.
Bagaimana untuk merawat keputihan?
📍Pengambilan vivix 1 sudu sehari mampu mengembalikan senyuman anda.
📍Amalkan alfalfa sebanyak 10 biji sehari, insyaAllah derita keputihan akan hilang dan peranakan anda juga mampu diperbaiki.
📍 GLA untuk membetulkan hormon di dalam badan dan mencatikkan kembali kulit yang berkedut.
Trusted SID
ZUHAIDA AHMAD
0195523058
Friday, 25 December 2015
Keputihan Penyebab SUKAR HAMIL?
Monday, 5 October 2015
7 tips untuk miss 'V'
Vita E Shaklee
Ini bukan sesuatu yang memalukan walaupun ia melibatkan bahagian alat sulit wanita. Apa sahaja berkaitan dengan 'Miss V' adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh diceritakan kepada orang lain walaupun ia berkaitan dengan masalah kesihatan. Itu antara persepsi kebanyakan wanita!
Bagaimanapun ramai wanita yang sering mengeluh mengenai masalah popular berkaitan dengan 'Miss V' iaitu keputihan. Keputihan adalah masalah normal yang sering berlaku kepada kebanyakan wanita. Yang membezakannya iaitu sama ada masalah itu serius atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutama tahap keasidan dan kealkalian.
Berikut adalah isyarat jangkitan pada 'Miss V'
• Pengeluaran lendir berwarna putih.
• Gatal.
• Berbau.
• Sakit pada abdomen.
• Demam.
• Sakit ketika membuang air kecil.
• Haid yang tidak menentu.
Oleh itu wanita haruslah tahu menjaga kebersihan alat sulitnya bagi memastikan tidak berlaku serangan jangkitan yang pasti akan membuatkan anda tidak selesa.
Tip elak jangkitan
1. Pastikan kemaluan sentiasa berada dalam keadaan yang kering.
2. Hindarkan penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimia pada alat kelamin kerana ia mungkin boleh menyebabkan rasa pedih, kering dan gatal. Sementara itu, ada sesetengah wanita sensitif dan alah kepada pewangi dalam buih sabun.
3. Elakkan kekerapan melakukan douche iaitu memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam Miss V.
4. Sekiranya boleh, tukar tuala wanita terutamanya pada hari darah haid keluar dalam jumlah yang banyak. Jika menggunakan tampon pula, elakkan jenis tampon yang mengandungi bahan pewangi.
5. Gunakan seluar dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat daripada kapas. Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan. Sebaik-baiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir berkenaan tidak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
6. Jauhkan amalan pemakaian seluar dalam jenis sintetik yang terlalu ketat kerana ia akan menambahkan lagi masalah. Fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara yang akhirnya menggalakkan kuman membiak.
7. Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.
Credit to: pa&ma
@Untuk mendapatkan nasihat percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Siti Zuhaida Ahmad - Shaklee ID - 1136691
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai petani, Gurun, Bedong, Yan, Guar Chempedak, Bukit Selambau, Jeniang, Padang Serai, Kulim)
FB Page: Zuhaida Ahmad
FB: Zuhaida Ahmad
Email: sitizuhaida@gmail.com atau sitizuhaidaahmad@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019-5523058